Translate

Saturday, August 19, 2017

KEPUTUSAN MAHKAMAH TIADA DISKRIMINASI POLITIK 


Salleh Said Keruak

1. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.  Satu prinsip penting doktrin ini ialah tiada satu badan pun boleh melangkaui kuasa badan yang lain.

2. Namun, kini ada yang mempertikaikan pelaksanaan prinsip ini, khususnya apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu. Apabila ini berlaku, maka timbullah tuduhan mahkamah dipengaruhi oleh kuasa politik.

3. Hairannya apabila mahkamah membebaskan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dari tahanan reman SPRM pada 14 Ogos 2017 dan membebaskan Presiden PAN Mohamad Sabu daripada tuduhan memfitnah dalam isu komunis Bukit Kepong pada 31 Mac 2017, mahkamah dikatakan bertindak adil.

4. Namun, apabila mahkamah membebaskan Pengerusi Eksekutif NFC, suami kepada Ketua Wanita UMNO dari tuduhan menyalahkan gunakan wang NFC untuk membeli kondominium pada 24 November 2015, dan membebaskan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi atas tuduhan menyalahguna kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan meluluskan penjualan saham pada 12 Ogos 2009, maka mahkamah dikatakan tidak adil dan dipengaruhi oleh keputusan politik.

5. Tindakan pihak tertentu menimbulkan persepsi sebegini tentang keadilan mahkamah adalah tidak betul. Sistem kehakiman kita mempunyai prosedur undang-undang dan mahkamah perlu mengikut prosedur tersebut dalam perbicaraan. Kita tidak boleh bermain politik dengan isu keadilan ini untuk menimbulkan persepsi rakyat agar membenci kerajaan. Keadilan ini adalah hak rakyat.

6. Jika persepsi begini terus ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, maka doktrin pengasingan kuasa yang kita bina selama ini rosak. Mahkamah seperti didesak untuk memberi keadilan hanya kepada yang menentang.  Ini adalah satu prinsip keadilan yang silap.

7. Keadilan perlu dinilai dengan kebenaran.  Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Keadilan boleh dilewatkan tetapi tidak boleh dinafikan.  Belajarlah dari pengalaman kes Forex dan Memali yang sedang hangat kita bincangkan sekarang ini. Keadilan itu boleh dilewatkan, tetapi tidak boleh dinafikan.

Wednesday, August 16, 2017

DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI: ITU HAK PERLEMBAGAAN KITA


Salleh Said Keruak

1. Perdana Menteri DS Najib Razak menyatakan sehingga 31 Mac tahun ini, daripada 18 juta rakyat yang layak mengundi, masih terdapat 3.7 juta rakyat yang belum mendaftar sebagai pengundi.

2. Anak muda tidak boleh bersikap apati begini. Ini kerana masa depan negara memerlukan anak muda yang celik peta politik.  Oleh itu, anak muda perlu mendaftar sebagai pengundi.

3. Pertama, ini adalah tanggungjawab kita kepada negara untuk memilih kerajaan bagi memerintah negara kita lima tahun ke hadapan.  Kedua, mengundi adalah hak kita sebagai warga negara. Ketiga, tanpa rakyat yang sedar politik, negara menjadi tidak kompetitif akibat partisipasi politik rakyat yang pasif. Keempat, tidak mendaftar sebagai pengundi akan merencatkan sistem demokrasi negara.

4. Justeru, sebagai warganegara, kita perlu mendaftar sebagai pengundi. Itu hak perlembagaan kita sebagai warga negara.

Monday, August 14, 2017

AMBIL IKTIBAR DARI PROGRAM NOTHING TO HIDE 2


Salleh Said Keruak

1. Kelmarin Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada PPBM di Shah Alam kecoh.  Ada kejadian baling kerusi, baling selipar dan suar.

2. Memberi reaksinya, MB Selangor mendakwa PM Najib Razak mendalangi kejadian ini.  Katanya: "Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut."  Saya pun tidak mahu dari mana MB Selangor mendapat maklumat sebegini cepat untuk menuduh PM dalang kejadian ini.

3. Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq pula mendakwa: “Ada unsur … untuk sabotaj program ini dan mencederakan Tun Mahathir Mohamad.”  Saya pun tidak tahu dari mana Syed mendapat maklumat ini untuk berkata sedemikian.

4. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata: "Apa yang terjadi pada #Nothing2Hide mesti dikutuk dan tidak boleh dipertahankan. Harap pihak polis akan menangkap mereka yang bertanggungjawab.”

5. Reaksi Ketua Pemuda UMNO tepat. Kenyataannya melampaui sempadan politik.  Respons sebeginilah yang saya harapkan juga dari pemimpin parti lain, tetapi sayang sekali mereka berpolitik sepajang masa, walaupun di saat kita dihadapkan dengan ujian ini.

6. Apapun reaksi tentang kejadian ini, seharusnya hal sebegini tidak berlaku lagi kerana ia tidak sihat untuk politik negara. Jika pun ketagih pilihan raya, tunggulah waktunya. Paling lewat pun tidak sampai setahun lagi.

7. Untuk hari ke depan, kita ambillah iktibar dari kejadian ini  Pertama, pastikan aspek keselamatan diberi perhatian apabila menganjurkan program. Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang.  Ketiga, patuhi nasihat pasukan keselamatan.  Keempat, ingatlah politik gangsterisme bukan budaya politik kita.

Sunday, August 13, 2017

Parties Able To Manage Eight Key Criteria Will Win GE14 - Salleh


Parties Able To Manage Eight Key Criteria Will Win GE14 - Salleh


LUMUT, Aug 13 (Bernama) -- Parties that are better able to manage internal issues, image, perceptions and media, including social media are in a better position to win the 14th general election (GE14), said UMNO treasurer Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

He said it was also imperative for political parties to manage campaign machinery well to deliver the goods.

"These eight criteria will determine which parties can win in the next general election. So pay special attention to these criteria and all these have to be well managed," he said when opening the Lumut UMNO Division delegates conference here today.

Also present was Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, who is also Perak UMNO liaison committe chairman.

Outlining the eight possible determining factors to notch up a victory in the upcoming general election, Salleh, who is also Communications and Multimedia Minister said these included issues, image, party machinery, leadership, the media, funding, manifesto and candidate.

"These are the determining factors and whoever is control of the situation will have the upperhand to win the general election," he said.

As such, Salleh urged UMNO members to step up preparations for GE14.

"I hope UMNO members will work hard... be united and focused on winning the election," he said.

He also called on the people to give their undivided support to Zambry Abd Kadir who is also Pangkor assemblyman.

Salleh asserted that Zambry's slogan 'none left out, none sidelined' was not just an empty government slogan.

He said Zambry was instrumental in looking for initiatives and bringing numerous development projects for the benefit of the people in this state.

"He (Zambry) has done a lot for the people of Perak. Actions speak louder than words. He also possesses positive personality traits, well educated, and has the characteristics of a good leader," he said.

Salleh was confident the people of Perak would continue to faithfully support the Barisan Nasional (BN) to maintain the present state government.

-- BERNAMA

Rising Together in Unity


Salleh Said Keruak

Malaysia plays host for the 29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games this year and I feel excited as we enter our final preparations ahead of the Opening on the 19th August.

 The last time we played host to this biennial SEA Games was back in 2001 and we emerged overall champions with 111 gold medals.

 Now, after 16 years, our nation will once again play host to the biggest multi-sports event in Southeast Asia.

 It is the first SEA Games and ASEAN Para Games to be held after the formation of the ASEAN Community in 2015.

 On top of that, 2017 marks a momentous milestone in Malaysia’s history, as both the Games will coincide with the celebration of our nation’s 60th Independence Day as well as Malaysia Day.

 In the spirit of Merdeka, let us Bangkit Bersama and support our local sporting heroes who will be giving us their best representing our country.

Congratulations to all our dedicated national athletes and coaches who have worked hard and sacrificed a lot to get to where you are.

Malaysian sports has seen its ups and downs, but it has never lost the excitement and liveliness.

Sports has the power to unite, so surely patriotic Malaysians will once again, be able to set their differences aside to celebrate and cheer for our national contingent.

To all Malaysians, let us Unite and Rise Together during this landmark occasion.

Thursday, August 10, 2017

TUN: SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA PERLU MALU?


Salleh Said Keruak

1. Kelmarin (8 Ogos 2017) dalam blognya Chedet, Tun Dr. Mahathir menyenaraikan tiga golongan ‘tidak malu’ di negara ini.

2. Golongan tersebut ialah Perdana Menteri (dan keluarganya), menteri, dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang beliau gelarkan sebagai pencuri, perasuah dan penyangak.

3. Golongan ini, kata Tun berada di kedudukan sekarang bukan kerana kebolehan, tetapi kerana kenaikan pangkat yang “tidak mengikut aturan peraturan, dan bercanggah dengan undang-undang.”

4. Kata Tun lagi, golongan ini mendapat “jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu…asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.”

5. Dakwaan Tun  ini berat. Ia seolah-olah Tun cukup bersih semasa zaman pemerintahannya.  Ia seolah-olah Tun lupa kepada pandangan sarjana tentang pemerintahan beliau. Baca buku Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad (1995) dan John Hilley, Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition (2001).  Baca juga buku lain oleh D.K. Mauzy, G. P. Means, Harold Crouch, William Case, K.S. Jomo dan E. T. Gomez.

6. Hasil kajian mereka tentang pemerintahan Tun bermuara pada rumusan berikut: Tun memerintah dengan prinsip Machiavellian, mengamalkan penaungan politik serta amalan kronisme dan nepotisme.

7. Sekadar mengingati kembali sejarah, tidak ingatkah Tun pada pelaburan berisiko yang telah dilakukan oleh BMF di Hong Kong?  Tidak ingatkah Tun pada kerugian Maminco untuk mengawal harga timah?  Tidak ingatkah Tun pada kerugian Syarikat Perwaja Steel? Tidak ingatkah Tun pada skandal Forex?  Tidak ingatkan Tun pada penswastaan MAS?

8. Apa yang terjadi kepada semua syarikat dan pelaburan di atas? Rugikah? Untungkah? Bermaruahkah?  Jika Tun ingat kepada semua perkara ini, tidakkah Tun juga berasa malu dengan apa yang telah terjadi?

9. Saya tidak memperincikan tulisan ini.  Tetapi sekadar mengingatkan Tun, janganlah dalam keadaan sekarang setelah meninggal Umno Tun menjadi seperti kata pepatah “bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul.”

10. Marilah kita sama-sama belajarlah semula dari sejarah silam supaya kita tidak berterusan membuat silap.  Kata George Santayana: "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

Wednesday, August 9, 2017

SETELAH 52 TAHUN MERDEKA: HUBUNGAN SINGAPURA-MALAYSIA SEMAKIN RAPAT


Salleh Said Keruak

1. Pada 31 Ogos 1957, apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Singapura tidak turut merdeka.  Singapura cuma merdeka pada 16 September 1963 apabila bersama Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia.

2. Namun, penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia tidak lama. Pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia menjadi sebuah wilayah yang merdeka.  Hari ini rasmilah Singapura menyambut hari kemerdekaannya yang ke-52.

3. Pertanyaannya, bagaimana hubungan Singapura dengan Malaysia setelah kemerdekaannya? Yang pastinya, hubungan kedua-dua negara semakin kukuh dan utuh. Banyak faktor yang mengikat hubungan rapat ini.

4. Kedua-dua negara berkongsi sejarah yang sama, adalah jiran paling dekat, sama-sama menyertai Asean pada 8 Ogos 1967, kebergantungan Singapura terhadap air dan bahan mentah dari Malaysia dan lainnya.

5. Singapura juga mempunyai pelaburan besar di Bandar Iskandar Malaysia. Singapura menjadi pelabur utamanya sebanyak RM11 bilion.

6. Hubungan dagang dua negara ini juga banyak.  Singapura ialah rakan dagang kedua terbesar Malaysia selepas China. Pada tahun 2016 juga, jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM190.6 bilion, atau 13 peratus daripada jumlah dagangan global Malaysia.

7. Bukan hanya itu.  Singapura dan Malaysia juga mempunyai kerjasama dalam banyak bidang lain.  Misalnya, kedua-dua negara sedang dalam perancangan membangunkan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura; berkerjasama rapat dalam soal mengatasi jenayah militan agama; dan jenayah rentas sempadan.  

8. Walaupun mempunyai hubungan yang baik, namun ada ketikanya timbul masalah yang perlu diatasi dengan bijak agar tidak menimbulkan konflik berterusan.Misalnya, dalam kes perjanjian air, kes tanah keretapi Tanah Melayu, kes CPF, kes perebutan Pulau Batu Putih dan Tambak Laut. Semua kes tersebut telah pun diselesaikan secara baik.

9. Untuk hubungan ke depan, semoga dasar trading partner yang digagas oleh PM kita mampu mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Monday, August 7, 2017

MALAYSIA DALAM ASEAN: DIHORMATI, DISEGANI 


Salleh Said Keruak

1. Esok, 8 Ogos, genaplah 50 tahun penubuhan Asean.

2. Semasa ditubuhkan pada tahun 1967 di Bangkok, Asean hanya melibatkan lima buah negara sahaja—Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Tetapi kini, kerana kejayaannya, semua negara di rantau ini—Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997), Kemboja (1999), dan Timor Leste (2017) turut menyertainya.

3. 50 tahun dahulu tujuan penubuhan Asean sederhana sahaja: untuk mewujudkan kerjasama serantau supaya terciptanya perdamaian, kemajuan, dan kemakmuran di kawasan Asia Tenggara.

4. Kini, setelah 50 tahun bersama, Asean telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya.  Asean berjaya meningkatkan kerjasama perdagangan, keselamatan, pendidikan, sukan, dan saintifik bersama negara anggotanya.

5. Negara kita sendiri banyak menyumbang kepada Asean ini, apatah lagi di bawah kepimpinan PM sekarang.  Misalnya, pada 21 Disember 2011, kita membantu Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina yang terkena musibah banjir, pada 26 Disember 2004 kita membantu tsunami Aceh, pada 5 Mei 2006 kita membantu gempa bumi Yogyakarta dan banyak lagi.

6. Bantuan kita bermacam cara: ada dalam bentuk kewangan, bentuk tenaga yang semuanya adalah bantuan kemanusiaan.
7. Kita juga menjadi orang tengah perundingan damai antara kerajaan Filipina dengan pejuang MILF. Pada 15 Oktober 2012, PM kita sendiri menyaksikan acara bersejarah permeteraian perjanjian damai di Manila antara dua pihak bertelagah ini.

8. Pada tahun 2015 semasa Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Asean, PM kita menegaskan komitmen kita untuk bersama negara anggota melawan teroris agama.

9. Tidak hanya itu, pada 4 Disember 2016, kita mengadakan demontrasi membantah perilaku kerajaan Myanmar yang mencabul hak etnik Rohingya.  PM kita kemudiannya mengumumkan menerima masuk 55,000 etnik Rohingya dan membantu mereka mendapatkan kad UNHCR.

10. Pendek kata, dalam tempoh 50 tahun penubuhan Asean, kita memainkan peranan besar.  Keadaan ini menjadikan kita disegani dan dihormati oleh negara jiran.  Kita bersatu dalam Asean untuk mengatasi masalah serantau seperti tuntutan bertindih, ancaman teroris, jenayah rentas sempadan dan lainnya.

11. Hingga setakat ini hasil kerjasama kita dalam Asean lumayan. Dengan teraju PM kita dan pemimpin Asean lainnya, peranan dan kedudukan Asean di pentas antarabangsa semakin cemerlang.

12. Moga Asean terus bersatu dan kita dapat mewujudkan pula 1ASEAN yang kekal sebagai zon aman, bebas dan bekecuali. Tahniah Asean!

Friday, August 4, 2017

SAMBUTLAH KEMERDEKAAN DENGAN KEBANGGAAN 


Salleh Said Keruak

1. Bagi beberapa negara, Ogos adalah bulan kemerdekaan. Antaranya ialah Singapura pada 9 Ogos, Korea Selatan 15 Ogos, Liechtenstein 15 Ogos, Indonesia 17 Ogos dan kita 31 Ogos.

2. Bagi Korea Selatan, 15 Ogos disambut dengan penuh kibaran bendera bagi meraikan hari mereka bebas dari perang dengan Korea Utara.  Di Indonesia, mereka juga menyambut hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera Merah Putih di setiap jalan raya.

3. Di Malaysia, kita juga menyambut bulan kemerdekaan dengan meriah. Di sekolah, kita adakan pertandingan syarahan kemerdekaan.  Di televisyen, kita juga tunjukkan filem perjuangan menuntut kemederkaan.  Di media sosial, kita juga bincangkan pengisian kemerdekaan.

4. Yang kita masih kurang dan lesu ialah mengibarkan jalur gemilang.  Mengapa?  Apakah jiwa patriotisme rakyat kita hilang?

5. Semangat patriotisme rakyat kita tidak hilang.  Semangat patriotisme rakyat kita kuat, cumanya kekuatan itu tidak muncul. Kekuatan semangat itu terpendam di dada sahaja.

6. Ini kerana sikap kita yang menganggap mengibar bendera itu hanya satu simbolik. Mengibar bendera itu bukan keutamaan untuk menzahirkan kebanggaan.  Masalah sikap inilah yang menyebabkan rakyat kita memandang mudah kepada keperluan mengibarkan jalur gemilang.

7. Saya harap tahun ini sikap apati sebegitu tidak berlaku lagi. Dengan tema kemerdekaan kita tahun ini Negaraku Sehati Sejiwa, ada lah wajar bagi kita semua bersatu hati menyambut kemerdekaan  bersama.

8. Sepanjang bulan Ogos ini, mari kita kibarkan Jalur Gemilang. Sempena dengan kita sebagai tuan rumah Sukan SEA juga, mari kita meriahkan lagi sambutan kemerdekaan Negara kita.

9. Tunjukkan kepada negara luar betapa kuatnya jiwa patriotik kita anak Malaysia.  Tunjukkan kepada negara luar kita bangsa yang menjunjung tinggi akhlak dan budaya, bukannya bangsa yang lupa sejarah.

10. Marilah kita buktikan kemerdekaan sebagai lambang pemersatu kita rakyat Malaysia. Sambutlah kemerdekaan kita dengan penuh kebanggaan.

Wednesday, August 2, 2017

POLITIK PERMUAFAKATAN BN PALING BERJAYA


Salleh Said Keruak

1. Dalam satu persidangan ahli Sains Politik Sedunia pada tahun 1967, Prof. Arend Lijphart menyatakan sistem politik terbaik untuk mengurus negara majmuk ialah politik permuafakatan.

2. Ciri utama politik permuafakatan ini ialah kerjasama parti pelbagai kaum dalam satu pakatan besar.

3. Malaysia adalah contoh negara paling berjaya mengamalkan sistem ini.  Dalam sejarahnya, Perikatan (dan kemudiannya BN) selalu menang dalam setiap pilihan raya biarpun menghadapi pelbagai isu dan cabaran.

4. Pertanyaannya, bagaimana dengan PRU ke-14? Apakah Pakatan Harapan mampu mencabar BN?

5. Tentunya tidak. Ini kerana PH hanya sekadar kek icing yang nampak comel di luar, tetapi rapuh di dalam.  PH ini ibarat tidur sebantal tetapi mimpi berbeza.

6. Kerjasama mereka gagal menunjukkan solidariti kerana berebut kedudukan sehingga terpaksa mewujudkan tiga jawatan tertinggi sekali gus.

7. Melihat dari aspek ini, cara politik permuafakatan BN adalah terbaik untuk negara.  Ini kerana formula perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaumnya terbukti paling sesuai untuk memerintah Malaysia yang majmuk masyarakatnya ini.