Translate

Wednesday, February 21, 2018

Malaysia terbukti berada di arah yang betul


Salleh Said Keruak

Minggu ini, empat puluh tiga anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) telah memuji Malaysia kerana pencapaian ekonomi yang mengagumkan serta dasar perdagangan dan ekonomi yang berhemat. Malaysia turut dipuji kerana secara aktif mendukung dasar perdagangan terbuka sama ada melalui pembaharuan sehala, perdagangan serantau, perdagangan dua hala dan  peraturan perdagangan pelbagai hala. Ahli-ahli WTO juga menyedari kejayaan Malaysia dalam membaharui dan mempelbagaikan ekonominya telah menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan meskipun menghadapi pelbagai cabaran luar.

Pembaharuan ekonomi tidak mudah dan tidak boleh dilakukan secara jangka pendek. Ia memerlukan ketahanan dan kadang-kadang, dasar yang tidak popular demi untuk mencapai matlamat jangka panjang, terutamanya apabila cuba membetulkan kerosakan yang berlaku pada masa lalu. Walau bagaimanapun, masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian Malaysia dan dapat melihat negara sedang menuju ke arah yang betul.

Sering kali isu kejayaan ekonomi Malaysia dipolitikkan dan rakyat diberitahu sebaliknya dari apa yang sebenarnya berlaku. Pembangkang terus mengulangi pembohongan mengenai Malaysia yang muflis tetapi laporan antarabangsa membuktikan ini tidak benar. Sudah tiba masanya pihak pembangkang menerima hakikat bahawa Malaysia telah berjaya dan dasar-dasar kerajaan yang berkesan.

Malaysia is proving to be heading in the right direction


Salleh Said Keruak

This week, forty-three World Trade Organisation members commended Malaysia for its impressive economic achievement, prudent trade and economic policies. Malaysia was also commended for actively pursuing trade openness through unilateral reforms, regional and bilateral trade arrangements and multilateral rule-making. The members also recognised that Malaysia’s successful diversification of its economy and economic reforms had contributed to continued growth despite external challenges.

Economic reforms are not easy and can never be done on a short-term basis. It requires resilience and sometimes unpopular policies to achieve the long-term objectives, especially when trying to undo the damage caused in the past. The international community, however, recognises Malaysia’s achievements and can see that the country is heading in the right direction.

Too often the issue of Malaysia’s economic progress is being politicised and the people are being told the opposite of what is really happening. The opposition keeps repeating the lies about Malaysia going bankrupt but international reports have proven this is not true. It is time the opposition accept the fact that Malaysia is doing well and that the government policies are working.

Monday, February 19, 2018

PEMBUNUHAN KARAKTER MEMBUNUH BANGSA 


Salleh Said Keruak

1. Di zaman akhir Empayar Rom, para puteranya sering berbunuhan kerana berebut kekaisaran. Di era Mughal, Maharaja Aurangzeb memenjarakan bapanya sendiri sehingga mangkat demi mengekalkan kekuasaan. Politik moden juga menyaksikan gejala yang sama. Presiden AS John F. Kennedy, PM Pakistan Benazir Bhutto, PM India Indira dan Rajiv Ghandi, Presiden Filipina Benigno Aquino, dan pemimpin kemerdekaan Burma Aung San merupakan sebahagian daripada senarai panjang pembunuhan politik di serata dunia.

2. Jika dahulu pembunuh upahan memainkan peranan, kini “mercenary blogger” pula yang berperanan. Mercenary blogger ini bukan membunuh orangnya, tetapi membunuh “peribadi” musuh politiknya.  Di Malaysia, pembunuhan karekter ini sudah menjadi permainan politik yang cukup menjelekkan.

3. Terkini, PM DS Najib Razak pula yang terkena dengan permainan politik kotor ini. Karekter peribadinya yang elegan dibunuh tanpa takut dosa pahala. Hal ini dilakukan semata-mata kerana mahu mengaibkan peribadi DS Najib supaya beliau tewas kepada tekanan dan mengundurkan diri dalam politik.

4. Menariknya, biarpun diserang dengan pelbagai tohmahan, DS Najib tetap santun dan berhemah dalam mempertahankan diri dari serangan musuh politiknya. Ini kerana beliau meyakini pembunuhan karakter ini boleh melenyapkan kebenaran, menjahanamkan demokrasi dan secara perlahan membunuh bangsa. Oleh sebab itulah, dalam kita menegakkan bangsa ini, kita perlu berdebat dalam kerangka demokrasi dengan memfokuskan kepada idea dan polisi, bukannya menjatuhkan pihak lawan dengan menelanjangkan aib peribadi mereka. Sesungguhnya, DS Najib telah menunjukkan keperibadian yang terpuji dengan menolak politik pembunuhan karekter kerana beliau menyedari pembunuhan karekter boleh membunuh tamadun bangsa.

Friday, February 16, 2018

PERMUAFAKATAN TERPIMPIN JADIKAN BN TERUS RELEVAN


Salleh Said Keruak

1. Di dunia hari ini, terdapat beberapa negara yang mengamalkan politik permuafakatan.  Antaranya ialah Belanda (antara Protestan dan Katolik), Belgium (antara orang Walloon yang berbahasa Perancis dengan Flemish yang berbahasa Belanda), Lubnan (antara puak Syiah, Sunni dan Kristian Maronit), Ireland Utara (antara Katolik dan Protestan), Bosnia Herzegovina (antara orang Islam, Croat dan Serb), dan Macedonia (antara keturunan Slav dan Albania).

2. Namun, tiada satu pun negara di atas yang dapat menandingi rekod kejayaan politik permuafakatan BN, sedangkan struktur sosial masyarakat Malaysia jauh lebih rencam berbanding negara-negara di atas. Apakah formula kejayaan Malaysia? Pertama, BN bukanlah hanya sekadar gabungan parti politik yang mewakili pelbagai etnik, tetapi juga sebuah muafakat politik yang bersifat holistik dan integratif, yakni merentas ras dan tidak terbatas di Semenanjung sahaja, tetapi juga di seluruh wilayah Malaysia.  Kedua, permuafakatan politik BN menggalakkan partisipasi aktif akar umbi, tidak hanya terbatas kepada kerjasama elit sahaja.  Ketiga, kukuhnya permuafakatan BN adalah terletak pada parti terajunya, iaitu Umno yang telah berjaya membina kerjasama kukuh dengan semua parti komponennya.

3. Kejayaan BN yang diterajui oleh Umno ini menyebabkan parti pembangkang cuba memplagiat formula ini, namun ternyata kesemuanya tidak mampu bertahan seperti mana berkuburnya APU, Gagasan Rakyat, dan PR. Mengapa? Pertama, pakatan pembangkang hanya tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain kerana mereka mempunyai ideologi politik yang terlalu berbeza. Kedua, pakatan pembangkang bergantung kepada personaliti seorang pemimpin sahaja. Misalnya, APU bergantung kepada Tengku Razaleigh Hamzah, PR kepada DS Anwar Ibrahim, dan kini PH bergantung pula kepada Tun Mahathir. Ketiga, pakatan pembangkang tidak mempunyai sebuah parti dominan yang memimpinnya seperti mana Umno memimpin BN.

4. Kesimpulannya, hanya BN satu-satunya pakatan politik yang jitu permuafakatannya. Permuafakatan BN di era Najib adalah yang paling baik ekoran kehebatan beliau sebagai seorang pemimpin transformatif multikulturalis. Ini membolehkan UMNO dan BN mendapat sokongan setiap lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum—pengundi tua dan muda, pengundi bandar dan luar bandar, penjawat awam dan pekerja swasta, rakyat Sabah dan Sarawak. Permuafakatan holistik dan integratif, serta permuafakatan terpimpin bakal membawa BN menang selesa dalam PRU-14.

(Ucapan semasa Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Kota Belud di Dewan Musbah ,Kg Taun Gusi Kota Belud)

Thursday, February 15, 2018

Selamat menyambut Tahun Baru Cina


Salleh Said Keruak

Apabila Umno merundingkan kemerdekaan dengan British pada tahun 1950-an, salah satu syarat yang ditetapkan oleh British sebelum sebarang rundingan boleh diadakan adalah orang Cina dan India mesti terlibat dalam perbincangan itu. Ketika itulah Parti Perikatan Umno, MCA dan MIC dibentuk pada tahun 1952.

Rundingan kemerdekaan tidak mudah dan banyak kompromi dan konsesi yang perlu dibuat oleh semua pihak. Akhirnya perjanjian telah dicapai dan pada bulan Ogos 1957 kemerdekaan diisytiharkan.

Pemahaman antara semua kaum adalah asas kemerdekaan Malaysia. Orang-orang Cina mempunyai kepentingan di negara ini seperti mana orang Melayu dan sepanjang masa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali menjadi perayaan rakyat Malaysia.

Saya ingin mengucapkan bukan sahaja kaum Cina tetapi semua rakyat Malaysia selamat menyambut Tahun Baru Cina dan semoga kita menyambut perayaan ini dalam semangat Malaysia.

A very happy Chinese New Year


Salleh Said Keruak

When Umno negotiated Merdeka with the British in the 1950s, one of the terms laid down by the British before any talks could be held was that the Chinese and Indians must be involved in the talks. That was when the Alliance Party of Umno, MCA and MIC was formed in 1952.

The Merdeka negotiations was not easy and many compromises and concessions had to be made by all parties. Eventually an agreement was reached and in August 1957 Merdeka was declared.

The understanding between all races was the foundation of Malaysia's independence. The Chinese have a stake in the country as much as the Malays do and over time celebrations such as Hari Raya, Chinese New Year and Deepavali became Malaysian celebrations.

I would like to wish not only the Chinese but all Malaysians a very happy Chinese New Year and may we celebrate this occasion in the spirit of fellow Malaysians.

Tuesday, February 13, 2018

UMNO BUKAN PARTI ELITIS


Salleh Said Keruak

1. Sebelum ini, Umno dilihat sebagai parti bersifat elitis, komunalis, konservatif, ultra-nasionalis, dan autokratik yang dibelenggu oleh amalan kepuakan dan politik wang. Maka, ramailah penganalisis politik yang meramalkan Umno dan BN bakal kehilangan kuasa seperti mana parti LDP di Jepun, Kuomintang di Taiwan, Golkar di Indonesia, dan Kongres di India.  Tetapi, itu Umno yang dahulu. Umno yang dicipta oleh Tun Mahathir mengikut pemikiran dan gaya kepimpinannya. Legasi Mahathir terlalu besar dalam Umno sehingga terbitnya istilah Mahathirisme yang cukup diingati dengan gaya pemerintahan “government knows all” yang tidak lagi relevan dengan politik kontemporari.

2. Sekarang DS Najib telah merekayasa semula Umno dengan meninggalkan sifat ultra-nasionalis dan komunalis. Sebagai arkitek politik yang cerdik, penjenamaan semula Umno oleh Najib bukan sekadar bersifat kosmetik, tetapi telah benar-benar mengubah nilai, amalan, pemikiran dan budaya Umno.

3. Perlu disedari Umno disukai bukan kerana retoriknya tetapi Umno disukai kerana pemimpinnya bersedia mendengar suara nurani rakyat.

4. Pernah dahulu, selepas pelantikan Najib sebagai PM, ada golongan yang menyatakannya sebagai “the return of Mahathirism.” Ternyata, dakwaan tersebut meleset. Bagi Najib, “Government knows best era is over,” malah Najib memperkenalkan transformasi politik dengan menghapuskan ISA dan meminda akta-akta yang menyekat hak-hak politik rakyat. Beliau juga menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan tidak lagi bersifat komunalis.  Dengan transformasi ini, tidak syak lagi, UMNO pimpinan DS Najib adalah sebuah parti yang sebenar-benarnya mendukung prinsip kedaulatan rakyat.